Encik Zulkifli Bin Ali (K/P: 611030 - 03 - 5419), berusia 47 tahun, telah dilahirkan pada
30hb Januari 1961. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang Nora
Hassan dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Beliau kini menetap di Kampung Hutan
Putih, Machang dan bekerja sebagai petani dengan purata pendapatan sebanyak
RM 400.00 sebulan.
Tanggal 15hb April 2006, menjadi satu tarikh penting yang telah merubah kehidupan
Encik Zulkifli Bin Ali, di mana beliau telah terpilih untuk menjadi peserta Projek
D’Raja II Jajahan Machang bersama-sama dengan 19 orang peserta yang lain.
Beliau merupakan salah seorang peserta terawal yang menyertai Projek D’Raja ini.
Sepanjang tempoh 3 tahun menjadi peserta Projek D’Raja II ini, hasil tanaman
tembikai tanpa biji dan labu madu milik beliau sentiasa mencatatkan kutipan yang
tinggi dan kualiti buah yang baik. Berikut merupakan rekod 3 tahun hasil tanaman
beliau:
| • Tahun 2006 - Pulangan yang diperolehi berjumlah RM 9,944.00 |
| • Tahun 2007 - Musim I pada tahun ini beliau memperolehi keuntungan sebanyak
RM 16,334.00 manakala musim II sebanyak RM 4,545.00. |
| • Tahun 2008 - Musim I pada tahun ini beliau berjaya mempertingkatkan pendapatan
kepada RM 9,090.00 manakala Musim II berjumlah RM 5,716.00. |
Sepanjang 3 tahun berturut-turut beliau telah berjaya memperolehi jumlah pendapatan
sebanyak RM 45,629.00 dan purata pendapatan bulanan RM 1,267.00. Berdasarkan
rekod pendapatan yang diperolehi sepanjang 3 tahun, peserta ini berjaya meningkatkan
pendapatannya daripada RM 400.00 kepada RM 1,200.00 sebulan.
Selain daripada itu, faktor-faktor seperti komitmen yang tinggi kepada tugasan yang
diberikan, rajin dan kuat bekerja serta semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh
beliau, maka Mesyuarat Jawatankuasa Projek D’Raja Jajahan Machang yang bersidang
pada 19hb Ogos 2008 telah bersetuju memilih dan menobatkan Encik Zulkifli Bin Ali
sebagai Peserta Terbaik Projek D’Raja II Jajahan Machang bagi tahun 2008. |