Sejarah Jajahan Machang

Jajahan Machang mendapat nama daripada sebuah kampung iaitu Kampung Machang. Ia mula dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di Kota Bharu yang diketuai oleh En.Senik. Pada awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan.

Dari segi geografinya kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.

Pada awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan sepenuhnya.

Jajahan Machang mempunyai keluasan 546.26 km persegi. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 129 km persegi adalah terletak di dalam Majlis Daerah Machang.

HUBUNGI KAMI
Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang

18500 Machang, Kelantan, Malaysia
Tel   : 09-975 2963/2826
Faks : 09-975 1903
Emel : ptjm[a]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Rabu 06 November 2019, 07:27:46.
© Hakcipta Terpelihara 2019 
Paparan Terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Pelayar Mozilla Firefox dan Chrome
BILANGAN PENGUNJUNG
Hari IniHari Ini246
KelmarinKelmarin315
Minggu IniMinggu Ini804
Bulan IniBulan Ini3089
KeseluruhanKeseluruhan46726