Latar Belakang

Image

Pejabat Tanah merupakan salah satu badan kerajaan yang berfungsi sebagai tempat untuk menguruskan semua urusan berkaitan dengan tanah sama ada bagi tanah-tanah persendirian, tanah yang dipunyai oleh Pihak Berkuasa atau tanah-tanah kepunyaan kerajaan. Bagi tanah kepunyaan kerajaan, urusan Pejabat Tanah ialah merancang pembangunan tanah, memberi pertimbangan kepada mereka yang memohon sama ada untuk bercucuk tanam, untuk pembangunan atau untuk kerja-kerja perlombongan. Bagi tanah yang telah diberimilik, urusan Pejabat Tanah ialah untuk merekod segala urusan jual beli, pajakan, gadaian, pusaka dan memastikan setiap tuan tanah membayar hasil tanah. Selain itu, tugas Pejabat Tanah juga adalah untuk memastikan setiap tanah yang diberimilik itu digunakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut syarat-syarat hak milik.

Di peringkat daerah dan jajahan ada beberapa jabatan yang menjalankan tugas pembangunan masing-masing seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, semua pembangunan itu adalah dibuat di atas tanah. Untuk memastikan sesuatu projek berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan satu-satu kawasan, maka Ketua Jajahan berperanan menjadi Pegawai Penyelaras terhadap sesuatu pembangunan tersebut. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan memerlukan sebidang tanah untuk membangunkan sebuah sekolah. Maka, kementerian berkenaan hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Jajahan untuk proses pengambilan tanah-tanah yang diperlukan. Sekiranya tanah tersebut adalah merupakan tanah milik dan jika tanah tersebut terkena kepada tanah kerajaan atau tanah negeri, maka permohonan yang sama hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jajahan. Seterusnya Ketua Jajahan akan memproses permohonan berkenaan dan setelah ia selesai, pemohon akan mendapat hakmilik terhadap tanah berkenaan.

HUBUNGI KAMI
Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang

18500 Machang, Kelantan, Malaysia
Tel   : 09-975 2963/2826
Faks : 09-975 1903
Emel : ptjm[a]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Rabu 06 November 2019, 07:27:46.
© Hakcipta Terpelihara 2019 
Paparan Terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Pelayar Mozilla Firefox dan Chrome
BILANGAN PENGUNJUNG
Hari IniHari Ini250
KelmarinKelmarin315
Minggu IniMinggu Ini808
Bulan IniBulan Ini3093
KeseluruhanKeseluruhan46730