Laman Web Dikemaskini ( 28/11/2008)  








Majlis Daerah Machang
JKR Kelantan
Jabatan Penerangan Machang
Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

UiTM Machang
Universiti Malaysia Kelantan
Politeknik Kok Lanas
Pelancongan Kelantan

 

 

PROJEK DIRAJA I


TANAMAN SALAK 

    Projek DiRaja Machang adalah satu daripada cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan bagi memberi peluang kepada golongan miskin untuk mendapatkan pulangan sampingan daripadanya. Projek pertama yang dilaksanakan ialah tanaman salak dan telah pun disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan pada 14 Julai 2002. Projek ini merupakan pelengkap kepada projek Pondok Hidayah II, Batu 30, Machang yang dibangunkan untuk menempatkan rakyat miskin dalam jajahan Machang.

    Di samping itu, projek kedua di bawah Projek DiRaja Jajahan Machang telah pun mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Induk Projek DiRaja Kelantan dan telah dimulakan pada Januari 2006. Projek ini juga merupakan projek pertanian di mana tanaman utama ialah Tembikai Seedless dan tanaman sampingannya ialah lada dan labu.


    Tanaman Salak adalah merupakan Projek DiRaja yang pertama bagi jajahan Machang di mana ia dijalankan di Pondok Hidayah II, Batu 30 seluas 20 ekar. Seramai 23 orang peserta aktif dalam membangunkan projek ini. Berikut adalah antara maklumat berdasarkan projek yang dijalankan :


                    Bil.pokok ditanam : 8000

                    Bil.pokok semasa  : 6597  

                    Bil.pokok jantan    : 3462

                    Bil.pokok betina    : 1316 lebih 3 tahun dan 1321 bawah 3 tahun

    LAPORAN KEMAJUAN SEHINGGA 31 JANUARI 2006

    1. Pada masa ini keseluruhan salak baru berbunga/berputik, dimana hasil tidak dapat dikeluarkan lagi. Hasil dijangkakan dapat dapat dikeluarkan awal bulan Mei nanti.
    2. Para peserta sedang melaksanakan proses mendebunga/mengahwin bunga betina dengan bunga jantan.
    3. Kawasan tanaman dibersihkan secara berkala.
    4. Pada 10 Februari, 2006 telah dirancang untukbergotong-royong membersihkan kawasan.
    5.  Baja telah diedarkan pada akhir tahun 2005 baru ini, yang dibekalkan oleh Pejabat Pertanian Jajahan Machang dan dibahagikan mengikut luas dan banyak pokok yang ditanam. Pada keseluruhannya pokok telah dibajakan.
    6. Pada 3 Oktober, 2005 Program Membasmi Tupai diadakan dengan kerjasama Pejabat Pertanian Jajahan Machang dan RELA Jajahan Machang.
    7. Pada 6 Februari, 2006 telah diadakan "Program Memburu Babi" oleh Jabatan Pertanian Machang dan RELA Daerah Panyit.

 

 

Mutiara Kata
"Jika kita terus menyerah kepada ketakutan, bagaimana kita akan menghargai keberanian?

 

 

HRMIS

KPTG

JPS

JUPEM

 

 

Pekeliling JPA
Pekeliling MAMPU
Pekeliling PTG Kelantan
Pek.Perbendaharaan
Pek Pengistiharan Harta K/Tgn. Awam

 

PENAFIAN: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini