Laman Web Dikemaskini ( 28/11/2008)  








Majlis Daerah Machang
JKR Kelantan
Jabatan Penerangan Machang
Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

UiTM Machang
Universiti Malaysia Kelantan
Politeknik Kok Lanas
Pelancongan Kelantan

 

 

PROJEK DIRAJA II


TANAMAN BUAHAN DAN SAYURAN

left

 

PENGENALAN

 

Ini merupakan projek yang kedua selepas Projek Diraja I. Projek ini hanya tertumpu kepada tanaman buahan dan sayuran. Projek ini telah dijalankan di Lot 2455, Kg. Gelong Gajah, Mukim Kelaweh, Daerah Pangkal Meleret di mana tanah tersebut merupakan tanah kerajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Keluasan tanah dianggarkan seluas 40.46 hektar (100 ekar) / Fasa I: 16.16 hektar (40 ekar). Tanaman utama adalah tembikai Seedless, lada dan labu.

Projek DiRaja ini merupakan projek pertanian di mana kegiatan utama adalah tanaman Tembikai "Seedless". Di samping itu beberapa tanaman sayur-sayuran seperti jagung, lada, labu dan mentimun juga turut ditanam sebagai tanaman sampingan.

Projek ini mula dilaksanakan pada Mac 2006 dengan melibatkan peserta seramai 9 orang iaitu dalam Musim Pertama. Selanjutnya Musim Kedua prijek dilaksanakan pada Jun 2006 dengan bilangan peserta seramai 18 orang.

Projek dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang dengan kerjasama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pertanian (Lead Agency),Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), FAMA, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Kerja raya (JKR).


 

KEMAJUAN PELAKSANAAN PROJEK SEHINGGA 31 JANUARI 2006

 

  1. Ukur sempadan (100 ekar) dan ukur tapak projek Fasa I (40 ekar) dan ukur Plot Peserta (2 ekar / peserta). Kerja-kerja ukur dimulakan pada 18 Januari 2006 dan dijadualkan siap akhir Februari 2006.

  2. Borang peserta telah diedar melalui Penggawa Pangkal Meleret pada akhir Januari 2006. Pemilihan peserta yang layak seramai 20 orang untuk fasa I akan dibuat dalam Mac 2006

  3. Cuci Kawasan termasuk pembajakan dijadual bermula dalam Mac 2006 sebaik sahaja ukur Plot peserta selesai.

  4. Pembinaan pagar kawasan projek (100 ekar) dijadual bermula dalam Mac 2006.

  5. Kerja-kerja menanam dijadual bermula dalam bulan Mac 2006.

 


 

KEMAJUAN PROJEK

 

  1. MUSIM PERTAMA   (MAC - JUN 2006)


    - Kerja-kerja tanaman dimulakan dalam bulan Mac 2006 melibatkan seramai 9 orang peserta dengan keluasan 18 ekar.

    - Hasil kutipan diperolehi pada Jun 2006 sebanyak 217 MT dengan nilai RM 124,000.00.

    - Pendapatan purata untuk setiap peserta bagi satu musim ialah RM 2,055.00 per bulan.


  2. MUSIM KEDUA   (JUN - SEPT 2006)


    - Kerja-kerja Membersih Kawasan Kawasan siap dijalankan pada 20 Jun 2009.

    - Kerja-kerja Infrastruktur Asas siap dijalankan pada 21 Jun 2006.

    - Kerja-kerja tanaman dimulakan dimulakan pada 6 Julai 2006 dan siap sepenuhnya pada 16 Julai 2006.

    - Pengeluaran hasil diperolehi pada bulan September 2006 berjumlah 277,005 dengan jumlah pendapatan semua peserta ialah RM 96,581.50.

    - Pendapatan purata yang diperolehi bagi setiap peserta ialah RM 1,788 per bulan. Pendapatan Musim Kedua agak merosot kerana harga pasaran semasa rendah.

 


 

PERBELANJAAN

 

  1. Sepanjang tahun 2006, sejumlah RM 635,971.15 telah dibelanjakan membabitkan peruntukan dari pelbagai agensi dalam menjayakan Projek DiRaja II Jajahan Machang.

  2. Jabatan Pertanian telah membelanjakan sebanyak RM 152,587.00 iaitu RM 73,710.00 untuk tujuan input pertanian dan RM 78,877.00 untuk tujuan pembangunan melibatkan kerja-kerja seperti pembersihan kawasan, membajak, membuat batas dan membina setor pertanian.

  3. Jabatan Pengairan Dan Saliran pula telah pun membelanjakan sebanyak RM 344,284.15 untuk kerja-kerja infrastruktur seperti menggali parit jari, merata tanah, menyediakan sistem pengairan ke ladang dan kerja-kerja mendalam dan melebarkan Sungai Kweng Hitam bagi melancarkan pengaliran arus air dari tapak projek ke sungai.

  4. Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang turut membelanjakan sebanyak RM 104,100.00 untuk membeli peralatan pertanian dan kerja-kerja memagar kawasan projek.

  5. FAMA pula telah membina sebuah Pusat Pengumpulan Hasil yang bernilai RM 35,000.00 untuk dijadikan tempat pengumpulan hasil tuaian sementara dipasarkan.

 

 

Mutiara Kata
"Jika kita terus menyerah kepada ketakutan, bagaimana kita akan menghargai keberanian?

 

 

HRMIS

KPTG

JPS

JUPEM

 

 

Pekeliling JPA
Pekeliling MAMPU
Pekeliling PTG Kelantan
Pek.Perbendaharaan
Pek Pengistiharan Harta K/Tgn. Awam

 

PENAFIAN: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini