![]() |
| Laman Web Dikemaskini ( 28/11/2008) |
|---|
|
|
TANAMAN TEMBIKAI MUSIM II Tanaman Tembikai Seedless (MEI - JULAI) Kesemua aktiviti tanaman tembikai seedless telah pun disempurnakan bagi Musim II 2008. Ianya melibatkan 20 orang peserta, sama seperti palaksanaan Musim I 2008. Menurut laporan FAMA, hasil tuaian yang dipasarkan bagi musim ini ialah sebanyak 56,740 kilogram. Pendapatan keseluruhan peserta pula ialah RM 40,285.5. Pada musim ini pengeluaran hasil merosot, hanya 15 peserta daripada 20 orang peserta yang dapat menuai dan memasarkan hasil tanaman mereka. Mengikut kajian dan analisis yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian Jajahan, antara punca-punca kemerosotan hasil tanaman tembikai seedless ialah: i) Faktor cuaca tidak menentu, di mana pada waktu tengahari suhu terlampau tinggi dan apabila petang kerap berlaku hujan yang lebat beserta ribut; ii) Ketika tanaman berumur seminggu berlaku ribut yang menyebabkan pokok berputar-putar walaupun dibuat sekatan menggunakan lidi, pokok menjadi sakit dan terbantut; iii) Ekoran daripada hujan lebat yang kerap berlaku, walaupun kawalan penyakit yang telah dibuat secara berjadual tetapi tidak memberi kesan kepada tanaman; iv) Jangkitan penyakit dan perosak dari tanaman Musim I dan juga tanaman milik persendirian berdekatan hampir bersambung musim penanamannya menyebabkan sukar dikawal, tambahan pula faktor hujan berpanjangan di waktu kritikal. -1-2-
|
Pekeliling JPA
|
PENAFIAN: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini |