YAB DATO’ PANGLIMA PERANG NASSURUDDIN MENTERI BESAR KELANTAN

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud secara rasminya diisytiharkan sebagai Menteri Besar Kelantan ke-19, hari ini. Beliau melafaz sumpah menyandang jawatan di hadapan Al-Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad V, di Istana Negeri Kubang Kerian, sekitar pukul 5.30 petang. Dato’ Nassaruddin yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob yang memegang amanah tersebut selama dua penggal iaitu dari tahun 2013 hingga 2023.

Keputusan Pilihan raya Negeri ke-15 (PRN15) menyaksikan Perikatan Nasional (PN) Kelantan kekal menerajui tampuk kepimpinan negeri ini selepas memenangi 43 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan. Angka itu juga menjadikan PN mempunyai kedudukan kukuh untuk membentuk kerajaan negeri. Sebelum ini, Dato’ Nassuruddin ialah penyandang jawatan ADUN Meranti sejak 1995 telah berjaya mempertahankan kerusi di DUN Meranti dengan majoriti undi 9,154 menewaskan calon Barisan Nasional, Zahri Omar dalam PRN15, pada 12 Ogos.

MBKELANTAN2023

sumber : Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan, https://www.facebook.com/photo/?fbid=629279192641772&set=a.261195412783487

HUBUNGI KAMI
Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang

18500 Machang, Kelantan, Malaysia
Tel   : 09-975 2963/2826
Faks : 09-975 1903
Emel : ptjm[a]kelantan.gov.my 

  • Kemaskini Terakhir: Ahad 07 April 2024, 00:41:22.
© Hakcipta Terpelihara 2019 
Paparan Terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Pelayar Mozilla Firefox dan Chrome
BILANGAN PENGUNJUNG
Hari IniHari Ini140
KelmarinKelmarin543
Minggu IniMinggu Ini318
Bulan IniBulan Ini12473
KeseluruhanKeseluruhan517657

SEO - lAMAN wEB rASMI

Senarai Masjid di Negeri Kelantan
Risalah Tabung Serambi Mekah
Arkib Berita

Dasar Privasi & Keselamatan