Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaan-Nya kita telah dilanjutkan usia melayari tahun 2023. Peningkatan usia memberikan kita kekuatan dan keazaman untuk kita terus berbakti kepada-Nya demi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bagi seluruh kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang khasnya dan jabatan-jabatan kerajaan di jajahan Machang sama ada Jabatan Negeri, Persekutuan serta Badan-badan Berkanun, sempena tahun baru 2023 ini, marilah sama-sama kita memperbaharui tekad untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi kesejahteraan untuk semua warga jajahan Machang dan keselesaan kepada pengunjung.
Bagi seluruh warga Machang, marilah kita sama-sama mengembeling tenaga untuk menjamin kesejahteraan semua, tanpa sebarang prasangka kepada mana-mana pihak supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semua kakitangan awam harus sedar bahawa budaya perkhidmatan cemerlang di semua peringkat jabatan adalah satu tuntutan kita sebagai penjawat awam dan tanggungjawab bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.
Dari itu, jadikanlah tahun 2023 ini sebagai langkah untuk meningkatkan usaha dan memperbaiki kelemahan-kelemahan dan membuat penambahbaikan untuk meneruskan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.
Justeru itu, marilah bersama kita memperhebatkan gerak kerja dan terus bermunajat agar cabaran mendatang diharungi dengan azam dan keikhlasan yang sentiasa dituntut untuk diperbaharui. Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh Allah s.w.t. untuk melunaskan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada kita.
Sekian.
YABrs. En. Mohd Zamri Bin Ibrahim
Ketua Jajahan Machang