PENGAMBILAN PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN SESI KEMASUKAN TAHUN 2024

Sila klik di sini untuk muat turun borang :-
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 : 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑
𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 :
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐭𝐢𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐢𝐚𝐭𝐮;
1. Berumur antara 10 hingga 13 tahun;
2. Keutamaan kepada peranakan negeri Kelantan dan ibu/bapa berasal dari negeri Kelantan;
3. Keluarga yang kurang berkemampuan (asnaf) dan mempunyai tanggungan yang ramai;
4. Pendapatan penjaga tidak melebihi RM1,500.00 dengan tanggungan tidak kurang daripada 3 orang;
5. Bilangan adik-beradik yang tinggal di Darul Aitam MAIK terhad kepada 2 orang sahaja;
6. Sihat tubuh badan/fizikal dan bekelakuan baik; dan
7. Keutamaan kepada calon yang mempunyai tahap akademik sederhana dan ke atas.
𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍:
1.Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisi Borang Permohonan Kemasukan Penghuni Darul Aitam MAIK.
2. Menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen- dokumen yang diperlukan ke Pejabat Darul Aitam MAIK.
3. Pihak Darul Aitam MAIK akan membuat lawat siasat ke rumah-rumah pemohon.
4. Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
5. Proses temuduga akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan. Pemohon bersama ibu/penjaga akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang telah dilantik khas.
6. Pemohon berjaya akan melaporkan diri ke Darul Aitam MAIK pada tarikh yang akan dimaklumkan/ditetapkan.
7. Borang Permohonan boleh di muat turun di bahagian MUAT TURUN portal MAIK dan juga boleh didapati di Pejabat Darul Aitam seperti berikut:-
Rumah Kebajikan Darul Aitam
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Panji,
16100 Kota Bharu.
No Telefon: 097715770

SEO - lAMAN wEB rASMI

Senarai Masjid di Negeri Kelantan
Risalah Tabung Serambi Mekah
Arkib Berita

Dasar Privasi & Keselamatan