Accessibility Tools

Skip to main content

Data Terbuka

Data Terbuka

Apa Itu Data Terbuka?

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. 

Mesyuarat Jawatankuasa Peneraju; National Key Economy Area;(NKEA; Communications Content and Infrastructure; (CCI) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 29 Mei 2014 telah memutuskan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk melaksanakan Pembangunan Platform Data Terbuka Sektor Awam. Selaras dengan itu, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Ogos 2014 telah bersetuju supaya agensi sektor awam melaksanakan inisiatif data terbuka.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) telah dibangunkan pada tahun 2014 bagi menyokong hasrat kerajaan melaksanakan data terbuka. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Apakah Objektif Data Terbuka?

Objektif pelaksanaan data terbuka sektor awam adalah seperti yang berikut:

  1. Menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam, swasta dan rakyat.
  2. Meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian data terbuka secara dalam talian yang berpaksikan rakyat.
  3. Menggalakkan produktiviti ekonomi digital melalui pewujudan industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Senarai Data Terbuka Negeri Kelantan

Jadual Penduduk: Negeri