Accessibility Tools

Skip to main content

Latar Belakang Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang

Ditubuhkan sekitar tahun 1949 sebagai jajahan kecil dan dijadikan jajahan penuh pada 1.1.1952 dengan En. Hashim bin Mohamed selaku Ketua Jajahan Machang yang pertama.

Pengwujudan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang (PTJM) adalah sejajar dengan pembangunan pejabat kerajaan yang lain dalam tempoh tersebut. Fungsi pentadbiran jajahan pada mulanya menjuruskan perkhidmatan kepada pembangunan tanah dan dan pentadbiran am. Kemudiannya, fungsi tanah dan pentadbiran ini diperkembangkan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan dengan bertanggungjawab menyelaras,menentukan serta melaksanakan polisi, program dan aktiviti kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat jajahan dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan atau agensi kerajaan serta orang ramai.

Selain itu, PTJM juga berfungsi sebagai tempat untuk menguruskan semua urusan berkaitan dengan tanah sama ada bagi tanah-tanah persendirian, tanah yang dipunyai oleh Pihak Berkuasa atau tanah-tanah kepunyaan kerajaan. Bagi tanah kepunyaan kerajaan, urusan Pejabat Tanah dan Jajahan ialah merancang pembangunan tanah, memberi pertimbangan kepada mereka yang memohon sama ada untuk pertanian, untuk pembangunan atau untuk kerja-kerja perlombongan.

Bagi tanah yang telah diberi milik, tanggungjawap Pejabat Tanah dan Jajahan ialah merekod segala urusan urusniaga dan bukan urusniaga seperti pindahmilik, pajakan, gadaian, pusaka dan memastikan setiap tuan tanah menunaikan tanggungjawap membayar hasil tanah.

Selain itu, fungsi Pejabat Tanah dan Jajahan juga adalah untuk memastikan setiap tanah yang diberi milik itu digunakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut syarat-syarat hak milik.

Keluasan Jajahan Machang
Keluasan Jajahan Machang

Terdapat 6 buah daerah pentadbiran dalam jajahan Machang iaitu Pulai Chondong, Ulu Sat, Pangkal Meleret, Panyit, Temangan dan Labok yang terdiri daripada 24 mukim pentadbiran tanah melibat keluasan 528.21 KM Persegi merangkumi 43 buah mukim penghulu dan 269 buah kampung.