Accessibility Tools

Skip to main content

Profail Bahagian / Unit

Bahagian Pengurusan Tanah

Objektif Bahagian Pentadbiran Tanah

  • Mengurus Dan Mentadbir Segala Urusan Tanah Dengan Cekap Meliputi Aspek-aspek Pungutan Hasil Tanah, Pelupusan Tanah, Kes-kes Tanah, Pendaftaran Dan Penyelesaian Pesaka Kecil.

  • Menguatkuasa Undang-undang Tanah Mengikut Undang-undang Tanah Sedia Ada Serta Mengikut Ketetapan Oleh Kerajaan Semasa.



Unit Pembangunan Tanah

  • Memproses permohonan ubah syarat dan pecah sempadan tanah serentak
  • Memproses permohonan pecah bahagian tanah
  • Memproses permohonan ubah syarat tanah kepada pertanian
  • Memproses permohonan serah balik tanah dan beri milik semula tanah
  • Memproses permohonan hak lalu lalang awam atau persendirian
  • Memproses permohonan pindah milik di bawah seksyen 13A ERM 1930
  • Memproses permohonan pindah milik di bawah seksyen 120 KTN 1965 



Unit Pelupusan

  • Memproses permohonan milik tanah kerajaan
  • Memproses permohonan sewa tanah
  • Memproses permohonan serah balik dan beri milik semula tanah
  • Memproses permohonan tunjuk sempadan
  • Memproses permohonan kaveat
  • Memproses permohonan perizapan tanah lapang dan wakaf
  • Memproses permohonan pengambilan balik tanah
  • Memproses permohonan sambung pajakan tanah (PM/PN) 99 tahun
  • Permohonan status tanah
  • Memproses permohonan pajakan lombong/cari gali 



Unit Penguatkuasaan & Teknikal

  • Menyiasat dan menyediakan laporan pencerobohan tanah kerajaan
  • Menjalankan penguatkuasaan bahan batuan, langgar syarat dan pencerobohan
  • Memproses permohonan hak lalu lalang pentadbir tanah (ROW)
  • Penyitaan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
  • Mengeluarkan permit 4C (batu-batan) dan 4D (ruang udara)
  • Permohonan tunjuk sempadan
  • Permohonan lesen pendudukan sementara (LPS)-4B
  • Urusan penilaian tanah
  • Membuat penyediaan pelan perakuan
  • Menguruskan dataran lot indeks
  • Membantu menjalankan tindakan penguatkuasaan
  • Membuat laporan penyelesaian akhir (QT-FT)
  • Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong (SL/PL)
  • Menyediakan permohonan ukur
  • Menyelaras, mengawal dan menguruskan rekod permohonan ukur ke JUPEM
  • Menyediakan pelan hakmilik sementara (QT)
  • Menyediakan pelan hakmilik kekal (FT)



Unit Hasil

  • Pengeluaran laporan pungutan dan prestasi kutipan hasil (mingguan dan bulanan)
  • Penghantaran kutipan hasil ke bank
  • Pengeluaran penyata hasil bulanan
  • Pengeluaran notis 6A (tuntutan hasil terhutang)
  • Pengeluaran notis 8A(lucut hak)
  • Pengurusan wang amanah
  • Semakan data cukai di SPTB
  • Memproses arahan perubahan maklumat pemilikan
  • Kemasukan data ke Sistem iSPEKS



Pendaftaran

  • Pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga
  • Pendaftaran hak milik tanah (hak milik baru)
  • Pendaftaran hak milik sementara (QT)
  • Pendaftaran hak milik tetap (FT)
  • Pengeluaran hak milik sambungan
  • Pengeluaran hak milik gantian
  • Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam hakmilik (memorandum)
  • Pendaftaran pembetulan di bawah seksyen 380 KTN 



Kaunter Serahan

  • Menyemak dokumen suratcara untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan
  • Menyediakan resit bayaran
  • Menerima dan menjana penyerahan pendaftaran
  • Membuat penyisihan dokumen hakmilik, suratcara dan dokumen sokongan berkaitan
  • Menyediakan cabutan hakmilik, carian persendirian dan sijil carian rasmi
  • Memproses pendaftaran perwakilan kuasa dan pemegang amanah
  • Mengurus tuntutan dokumen dan hakmilik oleh pelanggan 



Bilik Kebal

  • Menyemak dan menjilid semua dokumen hakmilik ,suratcara urusniaga dan bukan urusniaga
  • Membuat penyisihan hakmilik dan dokumen suratcara untuk penjilidan
  • Menyimpan dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga, perwakilan kuasa dan pemegang amanah
  • Membuat carian dokumen
  • Keselamatan rekod-rekod hakmilik dan dokumen suratcara dalam bilik kebal
  • Menyimpan dan menjaga keselamatan kertas keselamatan dan kertas cabutan

Bahagian Pembangunan

Bahagian ini menyediakan perkhidmatan yang membolehkan kerja-kerja pembangunan Jajahan seperti pembangunan sosio-ekonomi dan pelaksanaan projek-projek kecil pembangunan jajahan dapat berjalan dengan teratur dan lancar. Dua unit yang terdapat di dalam bahagian pembangunan ialah:

  1. Unit Pembangunan Fizikal
  2. Unit Pembangunan Masyarakat

 

Unit Pembangunan Fizikal

Skop kerja yang berkaitan dengan unit pembangunan fizikal ialah seperti :

  • Menyediakan perlaksanaan projek Rancangan Kecil Pembangunan (RKP)ADP/ADUN
  • Menyediakan perlaksanaan projek fizikal ARDN/AND selain daripada RKP
  • Ia juga melibatkan pelaksanaan projek pembangunan jajahan
  • Pelaksanaan pendaftaran / peruntukkan penyelenggaraan jalan MARRIS
  • Kemasukan dan pengemaskinian data E-projek
  • Pengurusan lapang sasar Bukti Pak Junuh

 

Unit Pembangunan Masyarakat

Skop kerja yang berkaitan dengan unit pembangunan masyarakat ialah seperti :

  • Membuat pelaksanaan projek kemasyarakatan RKP ADR/ADUN
  • Pelaksanaan projek kemasyarakatan ADR/ADUN selain RKP
  • Pengendalian/ pengemaskinian daftar e-Tegar
  • Pelaksanaan projek bantuan rumah zakat MAIK
  • Pengurusan bantuan tabung serambi mekah
  • Melibatkan pengurusan bantuan am/ pelajaran/ lain-lain kepada MAIK
  • Pengurusan permohonan bantuan subsidi baja padi
  • Pengurusan program skim Al-It’am
  • Pengurusan program PEMADAM jajahan
  • Pengemaskinian profil jajahan
  • Pengurusan hal-ehwal masjid Bandar dan mukim
  • Merupakan Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Islam , Pendidikan Dan Dakwah Peringkat Jajahan.

Bahagian Khidmat Pengurusan

Unit Pentadbiran & Kewangan

  • Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang
  • Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan pengurusan belanja mengurus jabatan
  • Memantau dan mengurus proses perbelanjaan mengurus dan penyelenggaraan
  • Mengurus perkhidmatan kakitangan
  • Menyediakan belanjawan tahunan
    Pengurusan stor, aset dan inventori pejabat
  • Urusan Pentadbiran dan Keselamatan
  • Urusetia Mesyuarat Peringkat Jajahan Jabatan
  • Mengurus Pembayaran Modul Kakitangan
  • Mengurus dan memantau urusan latihan dan peningkatan kerja kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang



Unit Majlis & Keraian

  • Mengurus aturcara Perayaan rasmi Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Jajahan
  • Menyediakan majlis-majlis rasmi melibatkan istana dan Pejabat Menteri Besar Kelantan
  • Menyelaras perlantikan jawatankuasa-jawatankuasa yang bersesuaian
  • Menyelaras aturcara majlis yang akan dijalankan
  • Menyelaras tugas-tugas jawatankuasa, penyambut tetamu, jemputan dan senarai semak aturcara dan program rasmi Jabatan, Jajahan, Negeri dan Kebangsaan



Unit Teknologi Maklumat

  • Menguruskan laman web jabatan dengan memastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini.
  • Menyediakan pelbagai laporan/slaid/bahan persembahan multimedia dan bahan-bahan taklimat jabatan yang memerlukan kepakaran teknikal.
  • Memberikan khidmat sokongan teknikal ICT kepada Pegawai dan Kakitangan kearah merealisasikan kerajaan elektronik.
  • Menguruskan penyelenggaraan dan baikpulih peralatan ICT dan rangkaian internet agar sentiasa berfungsi dengan baik.
  • Memantau dan melaporkan sebarang masalah capaian dan penggunaan sistem-sistem kerajaan.
  • Membangunkan aplikasi dalaman berasaskan keperluan