Skip to main content

faqhubungi kamiaduan & maklum balaspeta laman

| Abd Aziz Mohamed | Pengumuman
Makluman Penutupan Kaunter 2026

MAKLUMAN TARIKH AKHIR TERIMAAN HASIL BAGI TAHUN 2026 DAN PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pejabat Tanah dan Jajahan Machang ingin memaklumkan kepada semua pelanggan mengenai tarikh akhir penerimaan hasil bagi tahun 2026 serta penutupan sementara sistem, portal dan kaunter hasil sempena penutupan urusan kewangan akhir tahun. Sehubungan itu, orang ramai diminta mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting berikut:


📌 TARIKH AKHIR BAYARAN
Tarikh akhir penerimaan bayaran adalah berbeza mengikut jenis pembayaran seperti yang dinyatakan dalam poster hebahan.


📌 TARIKH PENUTUPAN
1. Portal Hasil Tanah Kelantan: 28 Disember 2026 (Isnin), jam 11.00 malam.
2. Sistem Hasil Tanah Kelantan (SHTK): 31 Disember 2026 (Khamis), jam 2.00 petang.
3. Kaunter Hasil PTG, Makmal Geokimia PTG, PTJ dan UTC Kelantan: 31 Disember 2026 (Khamis), jam 8.00 pagi.


📌 PENGOPERASIAN SEMULA
Semua sistem, portal dan kaunter akan beroperasi semula pada 1 Januari 2027 (Jumaat), jam 8.30 pagi.
Orang ramai dinasihatkan agar membuat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kelewatan urusan pada penghujung tahun.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.