Accessibility Tools

Skip to main content

faqhubungi kamiaduan & maklum balaspeta laman

Jumlah Paparan: 146
| Abd Aziz Mohamed | Berita Terkini

Ucapan Tahniah atas penganugerahan Ketua Jajahan Machang sebagai Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Paling Proaktif Tahun 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Jajahan Machang YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Ibrahim merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Machang atas penganugerahan sebagai Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Paling Proaktif Tahun 2025. Kepimpinan beliau yang cekap, berwawasan serta keupayaan mendorong seluruh warga kerja bertindak secara proaktif telah berjaya melonjakkan prestasi Majlis Daerah Machang ke tahap yang membanggakan.

Alhamdulillah, hasil dedikasi dan komitmen berterusan seluruh warga kerja yang sentiasa bekerja dengan penuh iltizam, Machang kini tampil lebih teratur, bersih dan ceria. Kejayaan ini diperkukuhkan lagi dengan pengiktirafan Majlis Daerah Machang sebagai Johan Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan, sekali gus membuktikan kecekapan pengurusan serta semangat kerja berpasukan yang luar biasa.

Semoga di bawah kepimpinan Yang Dipertua, Majlis Daerah Machang terus memacu agenda transformasi, memperkasa inovasi dan melonjakkan pembangunan Machang ke tahap kecemerlangan yang lebih gemilang.

Diharapkan seluruh warga Majlis Daerah Machang akan terus kekal aktif dan proaktif, menjadi contoh terbaik kepada pihak berkuasa tempatan lain, serta menjadikan Machang sebuah bandar yang bukan sahaja bersih dan terurus, malah berdaya saing, inspiratif dan membanggakan.


Lagi Berita Terkini

Majlis Amanat Tahun Baharu 2026

08 February 2026

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Zakat MAIK 2025

08 February 2026

Iftar Ramadan & Penyampaian Sumbangan Bantuan Duit Raya Bersama Pelajar Asnaf Asrama Bakti, Machang

08 February 2026