Jumlah Paparan: 216
| Abd Aziz Mohamed | Berita Terkini
Pertandingan Suara Burung Tekukur Negeri Kelantan 2025
Acara yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YABrs. En. Mohd Zamri Bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Machang. Kehadiran dan sokongan beliau telah menambah lagi kemeriahan dan signifikasi program ini.
Penganjur:
Kebab Kesenian Dan Kemerduan Suara Burung Tekukur Negeri Kelantan (KESTEK)
Kerjasama:
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Majlis Daerah Machang
Tarikh & Tempat:
12 & 13 Disember 2025 - Gelanggang Seni Suara Burung Tekukur, Pangkal Meleret, Machang, Kelantan
Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga merupakan wadah penting dalam memelihara, memartabatkan dan mempromosikan warisan budaya yang unik di Negeri Kelantan serta Malaysia amnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, para peserta yang bertanding, serta para pengunjung yang sudi hadir bagi menjayakan acara ini.
Semoga tradisi warisan yang begitu istimewa ini terus diminati, dikembangkan dan diwarisi oleh generasi akan datang.
Lagi Berita Terkini
Majlis Amanat Tahun Baharu 2026
07 April 2026
PROGRAM AGIHAN DAGING LEMBU KURNIAAN DYMM SULTAN MUHAMMAD V BAGI JAJAHAN MACHANG
07 April 2026
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Zakat MAIK 2025
31 December 2025