Accessibility Tools

Skip to main content

faqhubungi kamiaduan & maklum balaspeta laman

Jumlah Paparan: 147
| Abd Aziz Mohamed | Berita Terkini

Majlis Penyerahan Rumah Zakat MAIK 2025

Machang -31 Disember 2025:
 
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsung Majlis Penyerahan Kunci Rumah Zakat MAIK Jajahan Machang 2025 sekaligus merealisasikan impian 20 buah keluarga asnaf di Machang untuk memiliki kediaman yang lebih selesa. 🏠

Majlis ini telah disempurnakan oleh YABrs. En. Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang. Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, barisan Penggawa dan Penghulu, serta asnaf-asnaf yang terlibat.

Program ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kerajaan dan MAIK dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan golongan asnaf terus terbela, khususnya dalam menyediakan kediaman yang selesa dan selamat.

Semoga bantuan kediaman ini memberi sinar baharu dan keselesaan buat keluarga penerima serta menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih baik buat para penerima.


Lagi Berita Terkini

Majlis Amanat Tahun Baharu 2026

14 January 2026

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Zakat MAIK 2025

13 January 2026

Iftar Ramadan & Penyampaian Sumbangan Bantuan Duit Raya Bersama Pelajar Asnaf Asrama Bakti, Machang

13 January 2026