PROGRAM AGIHAN DAGING LEMBU KURNIAAN DYMM SULTAN MUHAMMAD V BAGI JAJAHAN MACHANG
SEKITAR PROGRAM AGIHAN DAGING LEMBU KURNIAAN DYMM SULTAN MUHAMMAD V BAGI JAJAHAN MACHANG
MENJUNJUNG KASIH TUANKU !!!
Alhamdulillah, telah dilaksanakan Program Agihan Daging Lembu Kurniaan KDYMM Sultan Muhammad V pada hari ini, 6 April 2026 (17 Syawal 1447H) bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.
Keseluruhan proses pengagihan berjalan dengan sangat lancar dan sistematik. Kerjasama erat antara petugas dan penerima memastikan suasana terkawal, di mana sumbangan berjaya diserahkan secara terus oleh YABrs Ketua Jajahan Machang, En. Mohd Zamri Ibrahim kepada kumpulan sasar seramai 200 orang penerima dengan penuh tertib. Rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kurniaan yang bermakna ini.
Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan membawa seribu rahmat buat seluruh rakyat.
DAULAT TUANKU!