Kerja-kerja pembaikan dan menurap jalan alternatif di bawah flyover berhampiran SMKA Wataniah
Pejabat Tanah dan Jajahan Machang dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kerja-kerja pembaikan dan menurap jalan alternatif di bawah flyover berhampiran SMKA Wataniah, yang menghubungkan ke bandar Machang, telah selesai dilaksanakan.Pembaikan ini dilakukan sebagai langkah penyelesaian sementara susulan kerosakan jalan lama ke Kemuning akibat banjir dan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Selain itu, kerja-kerja bagi pembaikian semula jalan yang rosak di laluan lama juga sedang turut dilaksanakan secara berperingkat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran projek ini demi kemudahan masyarakat