Accessibility Tools

Skip to main content
Jumlah Paparan: 73
| Abd Aziz Mohamed | Berita Terkini

Lawatan Pasca Banjir 2024

Ahad 22 Disember 2024, satu Lawatan Pasca Banjir Jajahan Machang telah dilaksanakan ke kawasan Labok dan Ulu Sat. Lawatan ini melibatkan YB Wan Ahmad Fayhsal Ahli Parlimen Machang, YB Azhar Salleh Adun Pulai Chondong, dengan penglibatan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, JKR Jajahan Machang serta Penggawa dan Penghulu dari mukim-mukim yang terlibat.


Lawatan ini bertujuan untuk menilai kesan banjir, memahami keperluan penduduk, dan merancang langkah pemulihan yang sesuai. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.