Accessibility Tools

Skip to main content
Jumlah Paparan: 152
| Abd Aziz Mohamed | Berita Terkini

𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗗𝗶𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 (𝗠𝗢𝗕) 1446𝗛

Alhamdulillah, Segala syukur bagi Allah SWT kerana dengan izinNya, pada 20 Februari 2025, Satu Program Sumbangan Bantuan Ramadhan Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan (MOB) untuk keluarga miskin sekitar Jajahan Machang telah berlangsung dengan jayanya.
Puspanita Negeri Kelantan juga turut sama menyertai rombongan ini bersama-sama dengan Pegawai dari Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang dan Puspanita Cawangan Machang.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan dalam persiapan menyambut bulan suci Ramadhan yang bakal tiba nanti.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. 🤲✨