Accessibility Tools

Skip to main content
Jumlah Paparan: 303
| Abd Aziz Mohamed | Berita Terkini

Program Gotong Royong Masjid Keputeraan Pulai Chondong

Khamis, 27 Feb 2025, YABrs Ketua Jajahan Machang Merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Machang telah turun padang bersama-sama penduduk sekitar dalam satu program gotong-royong di Masjid Keputeraan Sultan Ismail, Pulau Chondong.

Turut sama berganding bahu dalam program ini ialah Penggawa Daerah Pulai Chondong, Penghulu, Kakitangan Majlis Daerah Machang, Bomba, JPAM dan lain-lain agensi.

Aktiviti ini bukan sahaja untuk membersihkan kawasan masjid bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selesa untuk jemaah malah ia turut sama memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat, dan mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.

Terima kasih semua yang terlibat menjayakan program ini