Jumlah Paparan: 3028
| Abd Aziz Mohamed | Berita Terkini
Lawatan Prihatin Ke Rumah Dhaif – Usaha Membantu Golongan Memerlukan.
YABrs Tuan Ketua Jajahan Machang dan YBrs Penggawa Panyit, diiringi oleh Pembantu Penggawa Panyit, telah mengadakan lawatan ke beberapa rumah dhaif di Kg Pemanok, Bt30 Panyit, Machang.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat keadaan rumah uzur yang didiami oleh penduduk yang kurang berkemampuan serta mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi memperbaiki kediaman mereka. Keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat amat penting dalam memastikan setiap individu dapat menikmati tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.
Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat dihargai dalam merealisasikan inisiatif kebajikan ini.
Lagi Berita Terkini
Majlis Amanat Tahun Baharu 2026
03 May 2026
Program Agihan Daging Lembu Kurniaan KDYMM Sultan Muhammad V Bagi Jajahan Machang
05 May 2026
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Zakat MAIK 2025
31 December 2025