Panduan Urusan Pindahmilik Tanah 14A
Urusan pindahmilik tanah adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik.
Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat),
tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.
-
1. Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
-
2. Proses Penyaksian Pindahmilik (Borang 14A)
-
3) Proses Penyeteman Borang 14A
-
4) Proses Pendaftaran 14A
-
- Borang 14A (boleh didapati dimana-mana pejabat tanah) dan akuan pindahmilik yang telah lengkap diisi. Tatacara Pengisian Borang Boleh Rujuk Disini
- Geran asal atau cabutan hakmilik tanah terkini.
- Kad pengenalan asal pihak-pihak terlibat.
- Sijil sekatan kepentingan 120 KTN/Sijil bukan anak Kelantan 104 ETK/Sijil bukan Melayu 13A ERM (Jika berkenaan).*sila rujuk pejabat tanah*
- Jika penerima bukan lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan, sila lampirkan sijil lahir penerima dan salinan Kad pengenalan bapa atau salinan sijil kematian bapa penerima atau apa-apa dokumen yang berkaitan untuk pengesahan perkara tersebut.
-
- Pihak yang terlibat perlu hadir ke kaunter pendaftaran pejabat tanah beserta semua dokumen yang dinyatakan di bahagian [1].
- Setelah itu pihak yang terlibat akan dibekalkan dengan slip pengesahan kehadiran (e-selamat) yang perlu dilampirkan beserta semua dokumen di bahagian [1] untuk urusan penyaksian di hadapan Pentadbir Tanah.
-
Selepas penyaksian dibuat di hadapan Pentadbir Tanah, pihak terlibat atau wakil perlu menyetemankan borang 14A tersebut di laman web STAMPS LHDN (Sila Klik Disini)
(sila hubungi pihak LHDN jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan proses penyeteman)- Setelah selesai proses penyeteman,,sila cetak dokumen sebagaimana berikut di dalam website tersebut:-
- Notis Taksiran Contoh gambar
- Sijil Setem Contoh gambar
* Proses penyeteman perlu dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikh penyaksian terkini. Sekiranya melebihi tempoh tersebut denda akan dikenakan oleh pihak LHDN *
-
Pihak yang terlibat atau wakil perlu mendaftarkan dokumen pindahmilik yang telah lengkap di kaunter pendaftaran pejabat tanah yang berkenaan (Pejabat Tanah di mana tanah itu berada kecuali bagi geran-geran Negeri (Geran/Pajakan Negeri/HSD) didaftarkan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan (PTG))
Dokumen yang diperlukan semasa proses pendaftaran adalah:
- Semua dokumen di bahagian [1] kecuali kad pengenalan asal.
- Sijil pengesahan kehadiran (e-selamat)
- Notis tafsiran dan sijil setem LHDN
- Resit hasil tanah
*Proses pendaftaran pindahmilik perlu didaftarkan sebelum 3 bulan daripada tarikh penyaksian terkini. Sekiranya terlebih tempoh tersebut denda lewat daftar akan dikenakan oleh pihak Pejabat Tanah yang berkenaan*